fbpx

Dicekup curi tabung masjid ketika solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika mencuri tabung duit sebuah masjid di Sungai Besar, Selangor semalam

SABAK BERNAM – Tindakan seorang lelaki mencuri duit tabung masjid buat kali ketiga nyata tidak berhasil apabila dicekup semasa solat Jumaat di sebuah masjid di Sungai Besar di sini, semalam.

Penahanan suspek berusia 25 tahun itu dilakukan pukul 1.53 petang pada Op Pintu semasa suspek berpura-pura sebagai jemaah dan bertindak meninggalkan saf untuk mencuri duit.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, berdasarkan siasatan mendapati ini merupakan kali ketiga suspek melakukan kegiatan itu dengan menggunakan taktik sama.

“Lelaki itu melakukannya ketika jemaah lain khusyuk menunaikan solat Jumaat dengan bertindak keluar daripada saf, dia kemudian mengambil wang didermakan jemaah lain di dalam sebuah tabung yang terletak dalam masjid,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, polis turut merampas wang berjumlah RM500 dan tabung milik masjid, manakala saringan awal ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam bangunan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI