fbpx

UMNO tetap bela nasib Najib – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2023 di WTCKL, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa beliau akan terus menuntut keadilan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

Jaminan tersebut disuarakan beliau semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO tetap akan membela nasib bekas Ahli Parlimen Pekan itu kerana perjuangannya dengan parti itu terus subur meskipun beliau disebalik tirai besi.

“Walaupun secara fizikal beliau (Najib) tidak bersama kita, tetapi jiwa dan roh beliau tetap bersama kita. Semangat beliau tetap bersama kita.

“Kita berikan laungan semangat untuk beliau, kita mahukan keadilan buat Datuk Seri Najib Tun Razak, kita mahu keadilan diberikan kepada beliau sebagai seorang manusia,” katanya.

Ahmad Zahid menambah, pendirian UMNO juga tidak pernah berubah dalam membela nasib Najib seperimana ditetapkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini.

“Kita di sini beliau di sana, yakinlah semangat beliau (Najib) tetap di Dewan Merdeka pendirian Umnno tidak pernah berubah untuk bela dan beri kebebasan untuk Najib.

“Kepada Rosmah Mansor dan keluarga, sabar, Allah akan melunaskan segala doa kita semua bersama beliau dan ahli keluarga,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI