fbpx

Pesara kumpul RM20,000 dalam dua jam buat pergi haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Halim (tengah) bersama isteri dan anak-anaknya ketika ditemui di Mekah, baru-baru ini.

MEKAH – Enam beranak bagaikan tidak percaya apabila mereka berjaya mengumpul baki wang sebanyak RM20,000 dalam tempoh dua jam sebelum membolehkan mereka berangkat ke Tanah Suci bersama-sama, tahun ini.

Ketua keluarga, Abdul Halim Mohamed Dalib, 60, berkata, dia jadi kelam kabut apabila menerima khidmat pesanan ringkas daripada Tabung Haji (TH) mengatakan dia, isteri, Masrinah Mat Johar, 53, dan empat anaknya dipilih untuk menunaikan haji.

Mereka ialah Nur Haziqah, 25, Nur Afiqah, 23, Nur Thaqifah, 19, dan Nur Balighah, 18.

Katanya, dia dikehendaki melengkapkan pelbagai perkara dalam tempoh empat hari seperti pembayaran, bio visa dan beberapa dokumen yang diperlukan selepas pergi ke TH Cawangan Bangi, Selangor untuk mendapatkan keterangan lanjut.

“Kebetulan saya belum tukar lagi Mykid anak bongsu saya berusia 18 tahun. Jadi saya kena pergi Jabatan Pendaftaran Negara untuk tukar kepada Mykad.

“Dalam masa semakin suntuk, duit pula tidak cukup lagi RM20,000. Saya ikhtiar macam-macam dan akhirnya dalam tempoh dua jam dapat juga lengkapkan bakinya,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, walaupun berdepan pelbagai dugaan dan ujian, ia dapat diselesaikan dengan mudah dan penuh dengan hikmah.

“Haji memerlukan pemahaman dan ilmu. Walaupun saya sudah tiga kali pergi kursus, tetapi masih merasakan ia tidak cukup dan ingin belajar lagi,” katanya yang bersyukur menjadi tetamu Allah bersama keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI