fbpx

Pemain bola pukul kekasih: Kes masih dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Siasatan ke atas pemain bola sepak Liga Super yang mencederakan teman wanitanya di sebuah hotel, di sini, masih berjalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berkenaan berlaku berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

“Status terkini adalah pihak kami masih melakukan siasatan lanjut dan kita menunggu laporan perubatan.

“Setelah laporan perubatan selesai, kita akan majukan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),”jelasnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, tengah hari.

Katanya, mangsa difahamkan mengalami kecederaan pada bahagian badan serta dahi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan pemain bola sepak profesional tempatan ditahan pihak polis untuk membantu siasatan selepas disyaki mencederakan teman wanitanya di dalam sebuah hotel, di sini, pada Rabu.

Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun yang merupakan pemain bola sepak Liga Super tempatan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Jelas Fakhrudin, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita tempatan berhubung berlakunya perselisihan faham dirinya bersama suspek.

Katanya, laporan dibuat mangsa pada pukul 6 pagi itu memaklumkan perselisihan faham antara dirinya dan suspek berakhir dengan berlakunya beberapa kecederaan.

“Mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan di bahagian badan dan kerosakan telefon bimbit miliknya.

“Hasil maklumat dan risikan dijalankan, suspek berjaya ditahan dalam sebuah hotel di daerah ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan semalam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI