fbpx

Lelaki kelar, tikam kekasih 18 kali di Kelana Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menjumpai sebilah pisau yang digunakan, dalam tong sampah.

PETALING JAYA – Gara-gara cemburu dan mengesyaki teman wanita mempunyai hubungan sulit dengan lelaki serumah, seorang lelaki warga asing bertindak menikam dan mengelar kekasihnya sehingga maut di kondominium Kelana Jaya, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek kemudiannya menceroboh masuk ke landasan Express Rail Link (ERL) Salak Selatan, bagi tujuan bunuh diri.

“Suspek menceroboh masuk dan bertindak meniarap di landasan untuk membunuh diri namun cubaan gagal kerana kereta api melalui landasan bertentangan.

“Suspek berusia 30 tahun itu ditangkap oleh polis keselamatan sebelum diserahkan ke Balai Polis Cheras,” ujarnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, tengah hari.

Fakhrudin bercakap ketika sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, tengah hari tadi.

Kata beliau, hasil soal siasat berlandaskan Seksyen 27 Akta Keterangan 1950, polis pergi ke tempat tinggal suspek dan menemui lima lelaki warga asing, seorang lelaki tempatan dan seorang warga asing di rumah sama.

“Seterusnya, suspek juga telah menunjukkan sebuah bilik yang didiami teman wanitanya di mana kita mendapati wanita terbabit dalam keadaan terbaring berlumuran darah.

“Kita menjumpai sebilah pisau yang digunakan dalam tong sampah. Mangsa berusia 40 tahun ditikam dan dikelar sebanyak 18 kali oleh suspek, ” ujarnya.

Jelas Fakhrudin, mangsa yang baru tiga bulan berada di Malaysia dan bekerja di salon rambut itu telah mempunyai suami serta anak di negara asalnya iaitu India.

“Kesemua suspek yang telah ditangkap telah dirujuk ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan perbuatan jenayah.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi bilik gerakan di IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI