fbpx

Hafidz Roshdi mahu sahkan ‘status’ hubungan dengan Athirah selepas bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIDZ bakal berkongsi status hubungannya dengan Athirah selepas proses perceraian dengan Nurul Shuhada selesai.

KUALA KUBU BHARU – Pelakon Hafidz Roshdi berjanji akan membuat pengesahan berhubung status hubungan dan sebarang perancangan perkahwinan dengan wanita bernama Athirah Yuhada.

Dilihat terbuka berkongsi tentang wanita yang sebelum ini didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya, Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi berkata, pengakuan tersebut hanya akan dibuat selepas sah bercerai dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

“Insya-Allah saya akan buat pengesahan mengenai hubungan bersama Athirah.

“Namun, saya akan berbuat demikian selepas proses perceraian berakhir,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Ditebak mengenai ingin meneruskan hubungan bersama Athirah ke peringkat seterusnya, Hafidz memilih mengunci mulut daripada mengulas mengenai perkara tersebut.

“Hal demikian saya tidak boleh maklumkan apa-apa lagi kerana masih bawah kes perbicaraan mahkamah,” katanya lagi usai sebutan semula kes mendatangkan kecederaan terhadap isterinya hari ini.

Dalam pada itu, peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader turut menegaskan bahawa anak guamnya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kes mahkamah selesai.

“Sekarang kena selesaikan kedua-dua kes di luar mahkamah.

“Jadi, kami tidak mahu melakukan kenyataan pra-matang.

“Biar mahkamah putuskan sebarang keputusan dahulu, kemudian Hafidz akan buat pengumuman,” ujar Akberdin.

Sebelum ini, Hafidz dilihat kerap menanda (tagged) Athirah dalam laman sosialnya.

Perkara tersebut didakwa Hafidz lebih terbuka untuk mendedahkan hubungannya bersama wanita terbabit.

Sejak Februari lalu, isteri kepada Hafidz mendedahkan rumah tangganya diganggu pihak ketiga sekali gus memberi bayangan suaminya bermain kayu tiga.

Kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi topik bualan hangat apabila Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga.

Bekas Hero Remaja 2011/2012 dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI