fbpx

Polis kesan suspek cabul pelajar IPT dalam bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GERIK – Polis sedang mengesan seorang penumpang lelaki yang disyaki mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan ke Kelantan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 3.11 petang hari yang sama daripada mangsa berusia 22 tahun.

Katanya, mangsa mendakwa telah diraba seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang duduk di kerusi belakangnya ketika mereka dalam perjalanan dari Seri Iskandar ke Tanah Merah, Kelantan.

“Kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur. Selepas menyedari dirinya diraba, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Banggol Judah, Kelantan.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku ketika bas ekspres dinaiki mangsa berada berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa, Gerik,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di talian 05-7912222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI