fbpx

Jalan mati, penyeludup lari tinggal kereta bawa 1,000 liter petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa tong jerikin yang mengandungi 1,000 liter petrol di dalam sebuah kereta di jalan Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelatan kelmarin. IHSAN KPDN

KOTA BHARU – Seorang penyeludup melarikan diri meninggalkan kereta dipandunya yang membawa sebanyak 1,000 liter petrol semasa tiba di kawasan jalan mati di jalan Tanjung Chat di sini kelmarin.

Lelaki itu meninggalkan kereta jenis Proton Gen 2 dipandunya kira-kira pukul 4.40 pagi semasa anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menjalankan operasi di kawasan tersebut.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata, sepasukan anggota KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga yang melakukan menerusi Op Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sebelum melihat kereta tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota terlibat mengekori kereta terbabit sebelum suspek bertindak memecut laju melalui jalan Pengkalan Chepa ke Tanjung Chat.

“Suspek akhirnya berhenti semasa tiba di jalan mati sebelum dia terus melarikan diri dengan meninggalkan kereta dipandunya.

“Pemeriksaan ke atas kereta itu menemui sebanyak 1,000 liter petrol yang diisi di dalam tong jerikin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azman memberitahu, pihaknya menemui sebuah kereta jenis Proton Iswara yang ditinggalkan di tepi jalan Kampung Wakaf King, Kepulau dekat Tumpat pada pukul 7.40 pagi dalam serbuan berasingan pada hari yang sama.

Katanya, pemeriksaan terhadap kereta itu menemui tangki tambahan yang mengandungi 80 liter minyak petrol untuk tujuan penyeludupan.

“Nilai keseluruhan kedua-dua itu rampasan dianggarkan berjumlah RM22,214 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI