fbpx

Ibu, bapa tiri dilepaskan tanpa dibebaskan dera anak empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. NAGENDRAN (depan) dan A. Sangeetha masing-masing berusia 23 tahun dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pindaan bertindak cuai ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, hujung April lalu

Hakim Datuk Kamal Arifin Ismail membuat keputusan itu terhadap tertuduh, S. Nagendran dan A. Sangeetha masing-masing berusia 23 tahun selepas mereka mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Terdahulu, Pada 3 Mei lalu, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah bagi pertuduhan mencapai niat bersama menganiayai kanak-kanak yang berada di bawah pemeliharaan mereka itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Mahkamah menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman, bagaimanapun, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Umar Faiz Abdul Kohar mengemukakan pertuduhan pindaan.

Kedua-dua tertuduh kemudian mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi pertuduhan pindaan.

Kamal Arifin dalam penghakimannya memaklumkan, kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan kerana terdapat kecacatan dalam pertuduhan dimana terdapat kependuaan menyebabkan pertuduhan tidak boleh dipertahankan.

Mengikut kertas pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa dengan mencapai niat bersama telah bertindak secara cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang berada dibawah pemeliharaan kedua-dua tertuduh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Blok H Apartmen Skudai Villa, di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April lalu.

Pertuduhan dikemukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum dibawah yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mangsa merupakan anak kandung kepada tertuduh wanita, manakala tertuduh lelaki merupakan bapa tiri kepada mangsa diwakili peguam Tuan Nur Izza Natasha Tuan Rosidi.

Pihak pendakwaan dijangka membuat pertuduhan semula ke atas kedua-dua tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI