fbpx

Anggota PDRM digesa tingkatkan ilmu, kemahiran sewaktu bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara, di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini - IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Barisan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk menguasai sepenuhnya ilmu, kemahiran serta diterapkan pemahaman yang jelas mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang terpakai ketika bertugas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya memahami dan sedia maklum bahawa setiap individu yang membuat laporan polis pasti ingin tahu akan perkembangan kes secepat yang mungkin.

“Bagaimanapun, apa yang sering berlaku semasa proses penyiasatan masih banyak yang perlu dibaiki.

”Kegagalan Pegawai Penyiasat melaporkan perkembangan kes, lambat memberikan respon balas serta sukar untuk dihubungi tentunya menimbulkan rasa tidak puas hati mangsa” katanya dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara, di Bukit Aman, hari ini.

Menurut Acryl, terdapat mangsa mengambil langkah membuat pengaduan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ahli-ahli politik berpengaruh, pihak media mahupun media sosial bagi menyampaikan rasa ketidakpuasan hati mereka.

Tambah beliau, tindakan tersebut secara tidak langsung telah mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap keupayaan dan kewibawaan PDRM.

“Kelemahan-kelemahan seperti inilah yang membuka ruang kepada pihak-pihak tertentu menangguk di air yang keruh untuk kepentingan peribadi, sekali gus mencalarkan imej pasukan.

“Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar para pegawai dan anggota PDRM sama ada yang membuat operasi mahupun menjalankan siasatan, diperlengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi serta diterapkan dengan pemahaman yang jelas mengenai SOP yang terpakai.

Ujar Acryl, beliau tidak mahu kes-kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah gagal mendapat sabitan yang sepatutnya hanya kerana terdapat kelemahan, kegagalan atau kelalaian dalam melaksanakan tugasan dengan sempurna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI