fbpx

Lima pelajar cedera van sekolah terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan melibatkan sebuah van sekolah dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, Sendayan pagi tadi.

SEREMBAN – Lima pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Jimah Batu cedera terkena serpihan kaca setelah van sekolah dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, Sendayan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira pukul 7.25 pagi itu berlaku ketika sebuah van sekolah jenis Ford dipandu oleh seorang lelaki berusia 65 tahun bersama 10 orang penumpang pelajar sekolah terbabit.

“Van sekolah itu sedang bergerak dari arah Taman Nusari Aman 1 menuju ke arah Taman Nusari Bayu 2.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, van sekolah telah membelok ke kanan simpang kemudian datang sebuah motosikal jenis Modenas Pulsar yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 17 tahun dari arah bertentangan sedang bergerak terus tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian kiri van terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Keadaan di lokasi kemalangan antara van sekolah dan motosikal.

Arifai berkata, akibat kemalangan lima pelajar yang merupakan penumpang van sekolah masing-masing berusia enam hingga 12 tahun mengalami kecederaan luka-luka kecil akibat terkena serpihan kaca.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan patah di bahagian tangan kanan dan luka-luka di bahagian kaki.

“Bagaimanapun, pemandu van sekolah dan lima lagi pelajar tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI