fbpx

Ibrahimovic akhirnya umum bersara daripada bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBRAHIMOVIC diraikan oleh rakan-rakan sepasukan selepas mengumumkan persaraan dan mengucapkan selamat tinggal di Stadium San Siro awal pagi semalam.

MILAN – Penyerang veteran AC Milan, Zlatan Ibrahimovic akhir­nya mengumumkan persaraan selepas menyaksikan pasukan itu menang 3-1 ke atas Verona pada perlawanan terakhir Serie A musim ini di San Siro awal pagi semalam.

Pemain Sweden itu dilihat cuba menahan sebak ketika mengumumkan keputusan tersebut selain mengucapkan selamat tinggal kepada semua penyokong The Rossoneri selepas perlawanan berakhir.

“Sudah tiba masanya untuk ucapkan selamat tinggal bukan sahaja kepada anda (penyokong) tetapi termasuk dunia bola sepak. Saya akui emosi saya bercampur-baur ketika ini, Forza Milan,” katanya.

Untuk rekod, Ibrahimovic pulang ke pangkuan Milan pada 2019 selepas turut menjadi tunjang kepada kejayaan pasukan itu menjadi juara Serie A pada kempen 2010/11 selain menyaksikan dia meledak 14 gol.

Pemain berusia 41 tahun itu menjelaskan, dia langsung tidak berasa kesal untuk menyarung jersi Milan buat kali kedua meskipun tidak banyak diturunkan dalam kesebelasan utama pada saingan musim ini.

“Anda (penyokong) sentiasa menerima kepulangan saya di sini, jadi saya akan menjadi penyokong Milan seumur hidup. Saya dapat rasakan kasih sayang dan sokongan anda kepada saya selama ini.

“Sebelum ini, saya rasa takut setiap kali ditanya mengenai masa depan, namun sekarang saya sudah dapat menerima­nya. Bola sepak membantu saya untuk mencapai apa yang saya idamkan sejak kecil,” ujar Ibrahimovic.

Sepanjang 24 tahun bergelar sebagai pemain, Ibrahimovic berjaya menjaringkan 493 gol dalam 819 penampilan di peringkat kelab selain meledak 62 gol dalam 122 penampilan bersama Sweden. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI