fbpx

107 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan kerja masih terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berjaya membawa pulang 249 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pekerjaan luar negara.

Ketua Penolong Pengarah D3, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, data terkini itu turut merekodkan sebanyak 238 laporan diterima pihaknya membabitkan 356 mangsa yang dieksploitasi bekerja di negara jiran.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 249 mangsa diselamatkan dan masih ada 107 mangsa terkandas di sana (negara jiran).

“Setakat ini bahagian D3 yang mengetuai Task Force di peringkat PDRM dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) berjaya melaksanakan beberapa operasi termasuk serbuan di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Johor, dan Perak,” katanya dalam video temu bual khas di Facebook rasmi JSJ PDRM, semalam.

Menurut Fadil, siasatan membabitkan beberapa individu yang ditahan masih diteruskan dan dipercayai ramai menjadi mangsa selepas terleka dengan tawaran diberikan ‘majikan’ di sana.

“Sehubungan itu, jika terima tawaran kerja di luar negara lakukan semakan dahulu, pastikan syarikat tersebut sahih.

“Paling penting pastikan perjalanan untuk ke luar negara itu sendiri menggunakan cara dan pintu (sempadan) yang sah, sindiket akan menyuruh menggunakan pintu tidak sah,” katanya.

Sementara itu, menurut mangsa yang tidak ingin dikenali berkata, dirinya terpengaruh dengan sindiket tersebut melalui iklan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan secara percuma.

“Iklannya memaklumkan ada peluang kerja yang baik yang tidak perlukan pengalaman, cuma perlu rajin serta pergi ke luar negara.

“Mereka beritahu akan dapat banyak gaji yang banyak, komisyen, perjalanan kapal terbang pergi dan balik (keluar masuk negara), cuti yang banyak makan tidur juga percuma.

“Apabila sudah menjadi mangsa, rasa macam di Hollywood sebab duduk dengan penjenayah. Masa itu hanya ada perasaan kesal sahaja dalam diri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI