fbpx

Mangsa lemas ketiga Pantai Bagan Lalang ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ke tiga ketika dibawa naik oleh pasukan mencari dan menyelamat.

SEPANG – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Bagan Lalang sejak petang semalam ditemui lemas di tepi pesisiran pantai berdekatan sebuah pusat peranginan, pagi tadi.

Mangsa ditemui orang awam kira-kira pukul 9.30 pagi dalam keadaan terapung sebelum dinaikkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, mangsa lemas dikenali sebagai Muhammad Faizal Mahasan, 29.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian di bawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung pagi tadi selepas ditangguhkan malam semalam akibat cuaca gelap dan operasi pagi ini disertai 15 anggota polis, 10 penyelam daripada Unit Penyelam Klang (bomba), 16 anggota APM dan MPSepang (Pantas) seramai enam orang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, mangsa dipercayai lemas selepas cuba menyelamatkan dua kanak-kanak yang mandi di pantai berkenaan.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang semalam, dua beradik Airis Nuraini, 9, dan Aisyah Tasnim Mohd Zafifi, 7, ditemui lemas oleh nelayan dan orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI