fbpx

Duit RM205,000 milik peniaga dikebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MUAR – Seorang peniaga berputih mata apabila wang RM205,000 miliknya lesap ditipu sindiket penipuan dalam talian dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian berlaku bermula apabila mangsa yang berusia 57 tahun menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pihak insuran pada 15 April lalu.

Menurutnya, mangsa dimaklumkan pegawai insuran terbabit bahawa ada individu membuat satu tuntutan wang insuran hospital di Pahang sebanyak lebih kurang RM30,000 atas nama peniaga berkenaan.

“Pengadu kemudian diminta untuk menghubungi Balai Polis Pahang bagi membuat laporan mengenai insurans kerana butir-butir diri pengadu telah disalahgunakan oleh orang lain.

“Pada masa yang sama, pengadu telah terima panggilan daripada nombor yang perkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis daripada Balai Polis Pahang untuk membantu pengadu.

“Pengadu turut diminta untuk mengisytiharkan semua harta milik pengadu kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Raiz Mukhliz berkata, sepanjang kejadian ini berlaku, mangsa telah diminta membuat lapan kali transaksi pindahan akaun ke akaun bank yang berbeza berjumlah RM205,000 untuk tujuan semakan pihak mahkamah.

Ujarnya, pada 19 Mei pengadu telah bertanyakan tentang wang yang telah pengadu pindahkan sebelum dimaklumkan bahawa ini bukan penipuan dimana mahkamah akan pulangkan duit pengadu.

“Pada 1 Jun, pengadu telah cuba menghubunginya pegawai polis yang berkenaan melalui pesanan WhatsApp, tetapi tiada sebarang jawapan dan menyedari ditipu lalu membuat repot di balai polis di sini,” ujarnya.

Beliau berkata, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu dibuka bagi menyiasat kejadian itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI