fbpx

Verstappen unggul kuasai GP Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN terus unggul apabila menguasai GP Sepanyol di Litar Catalunya sebentar tadi. - AFP

BARCELONA – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen berada dalam kelas tersendiri apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Catalunya sebentar tadi.

Pelumba pasukan Red Bull Racing itu terlalu dominan apabila mengekalkan kedudukan pertama dari awal perlumbaan sehingga tamat 66 pusingan dengan merakam masa satu jam 27 minit 57.940 saat (s).

Ia sekali gus membolehkan Verstappen, 25, mempertahankan kejuaraan GP Sepanyol yang dimenanginya musim lalu.

“Saya sangat berbangga dan satu penghormatan buat saya dapat berlumba dengan menggunakan jentera hebat ini. Ia terbukti sekali lagi hari ini,” kata Verstappen sejurus tamat perlumbaan tersebut.

Kejayaan di Catalunya itu adalah kemenangan ketiga berturut-turut buat Verstappen musim ini selepas mendominasi GP Miami dan GP Monaco sebelum ini.

VERSTAPPEN berjaya menewaskan Hamilton dan Russel untuk menjuarai GP Sepanyol di Litar Catalunya sebentar tadi. – AFP

Secara keseluruhan, ia adalah podium pertama yang kelima daripada keseluruhan tujuh perlumbaan setakat musim ini buat pelumba dari Belanda itu selepas menjuarai GP Bahrain dan GP Australia.

Dua pelumba Mercedes, Lewis Hamilton dan George Russel terpaksa berpuas hati apabila masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua serta ketiga.

Kini, Verstappen terus mengungguli carta pelumba keseluruhan dengan 170 mata, jauh meninggalkan pelumba Ferrari, Sergio Perez di tangga kedua (117 mata) dan pemandu Aston Martin, Fernando Alonso di tempat ketiga (99 mata).

Hamilton dan Russell masih terus mengejar apabila berada di kedudukan keempat serta kelima dengan mengharapkan kejayaan dalam perlumbaan seterusnya, GP Kanada di Litar Gilles Villeneuve, Montreal pada 18 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI