fbpx

Tiga wanita dalang pecah tabung surau ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Tiga wanita yang dipercayai menjadi dalang kegiatan jenayah pecah tabung masjid dan surau di sekitar daerah ini terbongkar dengan penahanan kesemua suspek baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ketiga-tiga suspek berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan dari 1 Jun lalu hingga semalam.

Difahamkan dalam kejadian terbaru kira-kira pukul 6.30 petang 26 Mei lalu, suspek dikatakan menyamun wang dari tabung sebuah surau di Taman Dato Wan, Paroi, di sini.

Arifai berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban menerima laporan polis daripada seorang lelaki mendakwa tabung surau dipecahkan dan semua wang dilarikan.

“Pada pukul 8.56 malam, 31 Mei lalu, pihak polis telah menerima laporan daripada ahli jawatankuasa (AJK) surau di Taman Dato Wan yang menyatakan tabung surau telah dipecahkan. Laporan hanya dibuat selepas lima hari kejadian.

“Hasil siasatan mendapati suspek memotong mangga pada tabung dan mengambil semua wang di dalamnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek dalam kes tersebut pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah tabung masjid dan surau di sekitar Seremban.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dalam bangunan. Kesemua suspek telah direman sehingga 5 Jun ini bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI