fbpx

Pekerja jatuh dalam mesin pembancuh simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelamat berusaha menarik mangsa keluar dari mesin pembancuh simen. - Khaosod

BANGKOK – Seorang pekerja lelaki berusia 50 tahun nyaris maut selepas terjatuh ke dalam sebuah mesin pembancuh simen di wilayah Phatthalung, selatan Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Sekitar pukul 10.45 pagi (waktu tempatan) semalam, anggota polis Pa Bon bersama sukarelawan dan penyelamat daerah itu bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan.

Mereka menemui mangsa, Prasan Eiadwong, 50, terperangkap di dalam mesin pembancuh simen dengan lengan kirinya hancur dan tulang terkeluar.

Mereka menggunakan alat khas untuk membuat lubang pada mesin tersebut dengan menggerudi melalui konkrit di sekeliling Prasan.  

Selepas hampir sejam berusaha, Prasan akhirnya dapat diselamatkan. Dia diberi rawatan perubatan awal sebelum dihantar ke Hospital Pa Bon untuk bantuan lanjut.

Rakan sekerjanya, Hies Din Kliaengchan, 21, berkata, Prasan tidak memaklumkan sesiapa mengenai lokasinya sebelum naik untuk membersihkan bahagian pembancuh simen.

Apabila rakan sekerja Prasan mengaktifkan suis mesin itu, ia mula berputar lalu Prasan terjatuh dan cedera.

Tindak balas pantas rakan sekerja tersebut yang mendengar jeritannya dan segera mematikan pengadun telah menyelamatkan nyawa Prasan.

Pekerja di kilang simen dikehendaki memaklumkan kepada penyelia tentang keberadaan mereka semasa menjalankan tugas tetapi Prasan tidak berbuat demikian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI