fbpx

JPV sahkan info tular status dedak ayam tidak halal isu lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan bahawa satu hantaran tular di media sosial berhubung status makanan ternakan tidak halal adalah isu lama.

Menurusi kenyataan akhbar di sini, jabatan itu menjelaskan perkara berkenaan adalah isu pada tahun 2007, namun ia sudah dijawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2016.

Katanya, dakwaan dilakukan oleh Dr. Saari itu, adalah tidak benar dan merupakan isu tular kira-kira 16 tahun lalu yang dibangkitkan kembali segelintir pengguna media sosial.

Isu status dedak ayam tidak halal yang tersebar di media sosial ketika ini.

“JPV ingin menegaskan bahawa aktiviti pengilangan makanan ternakan ayam adalah tertakluk kepada Akta Makanan Haiwan 2009 yang mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan serta bahan tambahan makanan haiwan.

“Untuk memastikan bahawa makanan haiwan memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan, tidak memudaratkan haiwan dan tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat untuk dimakan oleh manusia,” katanya hari ini.

Jelasnya, kandungan bahan mentah bagi makanan ayam komersial terdiri daripada jagung bijian iaitu 55 peratus dan kacang soya 25 peratus.

“Khasiat jagung bagi membekalkan sumber tenaga iaitu kalori manakala kacang soya pula membekalkan sumber protein untuk tumbesaran ayam diternak akan menjadi sempurna.

“Selebihnya 15 peratus merupakan bahan vitamin, mineral, fish meal, wheat bran, wheat pollard dan corn gluten meal serta baki lima peratus ialah minyak sawit atau beras hancur,” ujarnya.

Jelasnya, sumber protein haiwan seperti ‘blood meal’ dan ‘bone meal’ pula jika ditambah di dalam dedak itu akan melibatkan peningkatan kos pengeluaran kerana dua bahan ini diimport selain memerlukan kelulusan pihak JPV bagi memastikan kualiti sumber tersebut mematuhi piawaian yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI