fbpx

E-Taib bantu jawab persoalan haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrin menunjukkan perkhidmatan e-Taib untuk petugas TH menjawab soalan jemaah haji secara langsung pada sidang akhbar di Mekah semalam.

Melaporkan dari Mekah

MEKAH – Perkhidmatan e-Taib (talian ibadat) yang beroperasi sepenuhnya pada tahun ini telah menerima lebih 1,300 soalan berkaitan ibadat berkisar mengenai larangan ihram, dam dan fiqh wanita.

Pengurus Bimbingan Haji Mekah, Shahrin Awaludin berkata, perkhidmatan yang boleh didapati dalam aplikasi THhujjaj itu merupakan soal jawab secara langsung yang dikendalikan oleh empat petugas Tabung Haji (TH) bagi memberi pencerahan kepada jemaah.

Katanya, jemaah boleh bertanya mengenai hal berkaitan ibadat seperti berdoa, haji, solat, bersuci, umrah, ihram dan sebagainya.

“Sebelum ini kita buat soal jawab secara bersemuka sebelum ditambah baik dengan talian telefon dan aplikasi WhatsApp. Mulai tahun lalu, kita mulakan projek perintis sistem tersebut yang beroperasi sepenuhnya tahun ini.

“Perkhidmatan itu terbuka kepada semua jemaah termasuk petugas. Jika soalan tidak dapat dijawab, ia akan diserahkan kepada pakar rujuk bagi soalan yang baharu atau sukar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Shahrin, soalan paling lazim dikemukakan ialah mengenai larangan ihram, fiqh wanita dan dam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI