fbpx

4 dicekup seleweng diesel subsidi guna lori ubah suai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Iqbal

SHAH ALAM – Taktik empat lelaki menyeleweng ribuan liter diesel bersubsidi dengan menggunakan lori diubah suai terbongkar selepas dicekup polis di sebuah premis di Seksyen 33 di sini, semalam.

Penahanan kesemua suspek termasuk tiga warga Bangladesh berusia 23 hingga 37 tahun itu dilakukan Pasukan Risik Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA), kira-kira pukul 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat berkaitan premis yang disyaki menjalankan kegiatan penyelewengan bahan bersubsidi.

Katanya, premis itu melibatkan lot tanah yang bertutup dengan pagar zink selain binaan besi seperti stor beratap.

“Serbuan itu membawa kepada empat suspek iaitu seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai pemandu lori manakala tiga warga asing adalah pekerja.

“Pemeriksaan lanjut turut menemui minyak diesel seberat 3,500 liter yang dianggarkan bernilai RM7,525,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Iqbal, sebanyak empat lori yang diubah suai turut dirampas bagi tindakan lanjut, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. -KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI