fbpx

Pengasuh tular dera bayi sudah didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan pengasuh wanita yang mengasari seorang bayi di pusat jagaan kanak-kanak di Taman Samudera, Batu Caves, Selangor.

GOMBAK – Seorang pengasuh wanita tular yang mengasari seorang bayi di sebuah pusat jagaan kanak-kanak telah didakwa di Mahkamah Selayang pada 30 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya terkesan video kejadian itu kira-kira pukul 3 petang tadi.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 21 Mei lalu di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Batu Caves, Selangor.

“Ibu kepada bayi tersebut telah membuat laporan polis pada hari sama selepas mendapati beberapa kesan lebam pada peha dan pipi anaknya.

“Kes disiasat di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak – Kanak 2001, Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Undang-Undang 3, Undang Undang Kecil Tred Perlesenan, Perniagaan Dan Industri (Majlis Perbandaran Selayang) 2007 kerana menjalankan operasi pusat jagaan tanpa lesen yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ariffin, suspek telah dituduh di Mahkamah Selayang pada 30 Mei lalu.

“Wanita berusia 23 tahun dituduh bagi pertuduhan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001.

“Suspek telah mengaku salah dan dijatuhkan hukuman denda RM10,000.00 dan bon kelakuan baik selama tiga tahun
serta dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat,” katanya.

Tambah Ariffin, pemilik pusat jagaan tersebut juga dituduh di bawah seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, namun tidak mengaku salah dan sebutan kes pada 7 Ogos 2023.

Jelasnya, bagi pertuduhan di bawah Undang-Undang 3, Undang-Undang Kecil Tred Perlesenan, Perniagaan Dan Industri (Majlis Perbandaran Selayang) 2007, suspek mengaku salah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI