fbpx

11 scammer perdaya 12 mangsa ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS kontinjen Melaka berjaya menahan 11 individu dipercayai scammer yang aktif menjalankan penipuan secara dalam talian sejak tahun lalu.

MELAKA – Polis menahan 11 individu termasuk empat wanita selepas disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan dalam talian dan sindiket pinjaman tidak wujud membabitkan nilai kerugian berjumlah RM65,094.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas seorang lelaki tampil membuat laporan polis mendakwa dia telah dipukul dan disamun sekumpulan lelaki.

Katanya, bertindak atas maklumat Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berjaya menahan seramai empat suspek lelaki dan seorang wanita bersabit kejadian pukul tersebut.

“Siasatan lanjut membawa kepada maklumat pusat penipuan dalam talian dan sepasukan pegawai dan anggota JSJ IPD Melaka Tengah melakukan serbuan di sebuah rumah bernombor di Taman Cheng Perdana kira-kira pukul 10.40 pagi semalam.

“Seramai lapan suspek lelaki serta tiga wanita berusia 18 hingga 23 tahun ditahan dan pelbagai barangan termasuk 31 telefon bimbit dianggarkan bernilai RM17,000 dirampas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, hasil semakan mendapati empat suspek yang ditahan turut memiliki rekod jenayah lampau melibatkan kes penipuan.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua suspek tinggal di rumah berkenaan sejak sebulan yang lalu dengan kadar sewa RM4,000 sebulan yang dipercayai dijadikan tempat markas bagi menjalankan kegiatan terbabit.

“Kumpulan ini aktif kira-kira setahun yang lalu dan tidak mempunyai nama khusus tetapi banyak menggunakan nama syarikat yang tidak wujud untuk mengaburi mata mangsa.

“Seramai 12 mangsa telah membuat laporan polis dengan nilai kerugian sebanyak RM65,094 dan kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 5 Jun depan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaaan” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI