fbpx

PM ucap Selamat Ulang Tahun TUDM ke-65

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan di Facebook, Anwar Ibrahim hari ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-65.

Beliau turut menzahirkan penghargaan buat semua warga TUDM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara.

“Selamat menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke-65 kepada seluruh warga TUDM.

“Saya hargai komitmen semua anggota TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara. Jasa dan keringat kalian pastinya dihargai sekalian rakyat. Salut!,” ucapnya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI