fbpx

Mahkamah: 30 penggiat seni berjaya dapat kebenaran saman PRISM Berhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Jamal Abdillah ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Seramai 30 penggiat seni berjaya dalam permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran memfailkan saman terhadap Performers Rights and Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM) bagi menuntut pembayaran royalti di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Ahmad Murad Abdul Aziz memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan 30 penggiat seni itu selaku pemohon yang menamakan PRISM Berhad sebagai responden mengikut Seksyen 471 Akta Syarikat 2016.

Antara penggiat seni yang menuntut hak berkenaan adalah Datuk DJ Dave, Datuk Jamal Abdillah, Datuk J Sham, S Atan, Aris Ariwatan, Ibnor Riza, Azharina Azhar, Ezlynn dan Julian Blues Gang.

Sejurus selepas prosiding, peguam Datuk Kamaruzaman Arif, yang mewakili kesemua pemohon berkata keputusan mahkamah hari ini telah membuka memberi lembaran baru atau ‘bench mark’ (penanda aras) buat penggiat seni lain.

Menurut peguam itu, pihaknya akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap PRISM Berhad secepat mungkin bagi mengetahui bagaimana pengiraan royalti dibuat kerana ia membabitkan wang amanah.

“Kita tahu wang royalti ini telah dikutip pada 2017 dan 2018, namun bagi tahun seterusnya tiada maklumat sama ada wang tersebut telah dikutip atau tidak.

“Keputusan hari ini sangat menggembirakan dan ia merupakan pasca baru untuk dunia hiburan,” katanya.

Pada 13 September 2022, seramai 30 penggiat seni memfailkan satu notis usul berserta afidavit sokongan bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memfailkan saman menuntut pembayaran royalti daripada PRISM Berhad selaku badan berlesen yang mengutip royalti antara 2017 sehingga 2021.

Tindakan itu julung kali dibuat penggiat seni tanah air, sekali gus melambangkan penyatuan dalam menuntut hak di bawah Akta Hakcipta 1987.

Di bawah Seksyen 3 Akta Hakcipta 1987, penggiat seni dikategorikan sebagai pelaku yang layak untuk menuntut hak royalti terhadap persembahan muzik seni mereka berdasarkan perundangan.

Artikel 3.2, Bab 6 Perlembagaan PRISM Berhad menyebut bayaran royalti pelaku hendaklah diagihkan sekali setahun.

Namun, antara 2017 sehingga 2021, tiada sebarang bayaran royalti dibuat kepada artis sehingga kini walaupun sudah dituntut.

Bagaimanapun selepas penggiat seni memfailkan tindakan ini di mahkamah, barulah pembayaran royalti pada 2018 mula dibayar kepada sebahagian ahli PRISM yang terbabit. – KOSMO! ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI