fbpx

Harry Kane pilih United destinasi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE dilaporkan hanya mahu berhijrah ke United sekiranya meninggalkan Tottenham secara percuma tahun depan jika perjanjian dipersetujui. – AFP

LONDON – Harry Kane tidak bercadang untuk mengembangkan kariernya di luar England dan Manchester United dilaporkan sebagai destinasi pilihan jika pengurusan tertinggi Tottenham Hotspur sedia untuk melepaskan khidmatnya.

Memandangkan terdapat sentimen di antara dua lagi kelab yang berpengkalan di London, Kane mungkin tidak akan ke Arsenal mahupun Chelsea, manakala Manchester City serta Liverpool seakan tidak beri perhatian untuk menambah kualiti di jentera serangan.

Bagaimanapun, sekiranya tidak mendapat ‘lampu hijau’, penyerang England itu sanggup bersabar dan kekal bersama Spurs sekurang-kurangnya semusim lagi sehingga baki kontraknya tamat sejurus musim depan berakhir.

Walaupun ada laporan yang mengatakan Bayern Munich, Real Madrid dan Paris Saint-Germain turut berminat mendapatkan tandatangan Kane, penyerang England itu nyata lebih condong untuk ke Old Trafford bagi merealisasikan misinya meraih kejua­raan serta beraksi di Liga Juara-Juara.

Selain mahu beraksi di pentas tertinggi, Kane juga mengintai peluang untuk memintas rekod penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris milik Alan Shearer yang mengumpul 260 gol.

Bagaimanapun, Red Devils mungkin berdepan tugasan sukar untuk bewa masuk Kane dan laporan nilai perpindahan akan mencecah £100 juta (RM571.9 juta).

Selain Kane, United turut dikaitkan dengan beberapa lagi penyerang hebat seperti Victor Osimhen dari Napoli, Rasmus Hojlund (Atalanta), Goncalo Ramos (Benfica) dan Randal Kolo Muani (Eintracht Frankfurt).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI