fbpx

Dasar rumah mampu milik akan dikaji semula – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melawat rumah Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Dalur Madani di Presint 18, hari ini.-Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Dasar sedia ada yang mewajibkan pemaju memperuntukkan sebahagian daripada projek pembangunan mereka untuk pembinaan rumah mampu milik akan dikaji semula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh kerajaan melihat terhadap dasar itu seperti tidak diambil perhatian oleh pihak pemaju.

Katanya, kerajaan juga akan memperkenalkan beberapa syarat baharu yang lebih ketat kepada pemaju ini bagi memastikan peruntukan pembinaan projek perumahan mampu milik dilaksanakan.

“Saya telah meminta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk melihat semula dasar itu dan mengenakan syarat baharu.

“Kenapa mesti kerajaan hanya menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat sedangkan kita ada pemaju yang membina projek besar? Ini kerana ia merupakan sebahagian tanggungjawab mereka untuk membina (perumahan mampu milik),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci kepada pemilik rumah Projek Perumahan Penjawat Awam Dalur, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, kira-kira 200,000 unit rumah berharga RM300,000 dan ke bawah diperlukan untuk memenuhi permintaan perumahan penjawat awam di seluruh negara.

Di Putrajaya ketika ini terdapat hampir 10,000 unit rumah di bawah inisiatif projek perumahan penjawat awam.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd. Syahir Che Sulaiman yang menggambarkan negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang bertugas sepenuh masa dan boleh memberi tumpuan, kata Anwar, ia tiada kaitan dengan ketidak beradaan seorang Menteri Kewangan itu.

“Suruh orang yang cadang itu baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan Pas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI