fbpx

Berat badan mudah naik, Fasha perlu diet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA SANDHA

PETALING JAYA – Sejak semakin langsing, rezeki pelakon Fasha Sandha semakin mencurah-curah, terbaharu dia telah dipilih sebagai duta tudung Rosalinda dibawah jenama Leeyanarahman.

Menurut Fasha, dia tidak menyangka akan terpilih sebagai duta kempen yang diinspirasikan daripada telenovela popular itu memandangkan Thalia yang memegang watak Rosalinda seorang yang cukup jelita.

“Kalau Thalia menjadi Rosalinda terkenal dengan wajah cantik serta suka menyelit bunga mawar di tepi telinganya, tudung kempen Rosalinda ini juga apa kurangnya.

“Tentunya saya bangga apabila kempen ini memilih nama Rosalinda. Drama dan watak Rosalinda memang dikenali ramai. Sejak kecil saya meminati drama itu dan teruja menjayakan kempen ini,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai rahsia langsing, Fasha mengakui bukan kerja mudah untuk sampai ke tahap sekarang.

Ibu kepada Putra Rayfal, Putri Rasyha Jemyma dan Aisha Amaira itu berjaya menurunkan lebih 10 kilogram daripada berat badan sebelum ini.

Disebabkan itu, Fasha meraih perhatian dan tidak kurang juga ramai yang memujinya kelihatan lebih muda.

“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah beralih ke susu formula.

“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tidak akan makan daging dan ayam langsung hanya menjamah ikan. Sabtu dan Ahad, hari saya makan apa yang diinginkan.

“Saya lahir daripada jenis genetik berbadan besar. Jadi makan lebih sedikit badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya.

Jenama Leeyanarahman yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Liyana dan Hafiz itu bermula pada 2012 dengan modal hanya RM1,500. Kini selepas 11 tahun beroperasi jenama tersebut berjaya mencuri perhatian khalayak dengan produk pakaian muslimah dan tudung.

Percaturan Leeyanarahman menggunakan aktres Fasha Sandha menerusi kempen terbaharu mereka iaitu Rosalinda menjadi apabila lebih 220,000 helai cetakan tudung edisi terhad itu habis terjual sejak dilancarkan pada 17 Mei lalu.

Menurut pengasas jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman, pihaknya memanjat kesyukuran kerana resipi menggunakan material premium cotton voile dengan harga mampu milik iaitu RM29 sahaja terus digilai ramai.

“Kami percaya niat mahu melihat wanita termasuk beragama Islam dan Melayu menggayakan tudung mampu milik ini sentiasa dipermudahkan. Semoga Tuhan terus mempermudahkan niat ini dan menjadi asbab baik untuk semua.

“Tentunya, lonjakan dan ledakan kempen itu menjadi apabila kami melamar selebriti wanita berpengaruh untuk menjadi wajah kempen.

“Fasha sendiri yang semakin langsing kebelakangan ini menepati keinginan kami menjadi wakil dan simbolik Rosalinda yang pernah menjadi igauan ramai suatu ketika dahulu. Tidak sangka fenomena ‘Rosalinda’ itu berlaku lagi asbab pemilihan Fasha dan sokongan peminat jenama kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI