fbpx

‘Bukan saya!’ – Respons Vida isu tular sami baca Bismillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDA menafikan dirinya adalah sami wanita seperti yang tular dalam media sosial.

PETALING JAYA – Tular sebuah video memaparkan seorang wanita memakai pakaian seperti sami Buddha sambil menyebut lafaz ‘Bismillah’ yang dikatakan mirip seperti usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, wanita itu bukanlah dirinya selepas namanya ‘dipetik segelintir netizen.

Jelas usahawan berusia 52 tahun itu, dia tidak tergamak menyekutukan (menduakan) Allah SWT semata-mata demi secebis konten.

“Bukan saya! Saya tahu sudah buat bermacam-macam benda, tapi saya tidak tergamak untuk mendua atau menyekutukan Allah SWT.

“Apa yang kalian lihat dalam media sosial itu bukan saya. Ramai ‘serang’ cakap itu saya tanpa bertanyakan sendiri kepada tuan badan.

“Saya tidak akan pernah sesekali menduakan Tuhan kerana walaupun saya suka tampil dengan imej pelik, terpekik terlolong dan suka mengusik dalam media sosial, saya tahu batasan sebagai seorang Muslim,” katanya.

Ujar pelantun lagu I AM Me itu lagi, dia tidak kisah dengan tohmahan atau kecaman netizen biarpun apa yang tular itu bukan asbab datang dari tindakan atau perbuatannya.

“Biarlah orang nak kata apa. Saya cuma jelaskan situasi sebenar bahawa wanita itu bukan saya.

“Takkan saya nak pakai macam sami Buddha dan pergi ke kuil? Memang tak masuk akal dan bila masa pula saya pergi Nepal?” jelasnya.

Berdasarkan carian dalam Internet, difahamkan wanita itu merupakan seorang penyanyi kelahiran Turkiye bernama Bulent Ersoy dan beragama Islam.

Kedatangannya di Nepal disambut meriah sehingga penduduk di sana menyembahnya ketika dia berkunjung ke sebuah kuil di sana. – KOSMO! ONLINE

@azmi.jamaludin

Kenapa wanita yang berupa sami ini membaca bismillah di kuil ? tular di media sosial seorang wanita kelihatan seperti sami membaca bismillah di kawasan kuil. Dalam video tersebut kelihatan sami itu berjalan sambil membaca bismillah. Beliau adalah Bülent Ersoy seorang artis terkenal yang berasal daripada Turkey dan beragama islam jadi disebabkan itu beliau membaca bismillah. Bulent ersoy sebenarnya sedang bercuti di Nepal dan sengaja mengenakan pakaian seakan akan sami buddha namun tanpa disangka kedatangannya sangat meriah sehinggakan ada orang yang menyembahnya. Bülent Ersoy ini sebenarnya adalah seorang lelaki dan telah mengubah jantinanya kepada wanita. Kesimpulannya sebagai umat islam tidak wajar melakukan perkara seperti ini. Apa komen anda tentang perkara ini ? #tiktokgurumalaysia #learnontiktok #misiniaga #azmijamaludin #vcaicontest

♬ Epic – DM Production

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI