fbpx

Mahkamah: Jurujual sebar video lucah dikena waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Hajar (dua dari kanan) ditemui pengamal media berhubung kes sebar video lucah bekas kekasih di pekarangan Mahkamah Sesyen Setiu, Terengganu hari ini.

SETIU – Seorang jurujual pasar raya dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah gagal menghadiri kes sebutan pertuduhan sebar video lucah terhadap bekas kekasihnya.

Hakim Ahmad Fadhli Mahmud mengeluarkan waran selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Siti Hajar Sulaiman.

Menurut Siti Hajar, Muhammad Iqyyum Basri, 25, yang juga Orang Kena Saman (OKS) yang beralamat di Senawang, Negeri Sembilan tidak hadir ke mahkamah semalam.

Beliau berkata, surat saman terhadap Muhammad Iqyyum telah dikeluarkan pihaknya bagi memaklumkan prosiding pendengaran kes berkenaan pada 18 Mei lalu.

“Bagaimanapun, lelaki itu gagal dihubungi sejak semalam (kelmarin) menyebabkan kami memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap OKS,” katanya yang ditemui di pekarangan mahkamah di sini hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, OKS didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi secara sedar iaitu video bersifat lucah dengan niat menyakiti hati orang lain melalui aplikasi WhatsApp.

Klip video itu telah dilihat di Permaisuri di sini pada pukul 8.24 malam, 8 Mac tahun lalu.

OKS didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI