fbpx

Lelaki bunuh, bakar kekasih hamil didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kes bunuh dan membakar kekasih yang hamil empat bulan

SABAK BERNAM – Seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pendakwaan ke atas suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Sungai Besar.

“OKT (Orang Kena Tahan) bagi kes bunuh berkenaan akan dituduh di mahkamah tersebut esok. Pendakwaan ke atas suspek dijangkakan pada sebelah pagi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kosmo! kelmarin melaporkan reman ke atas lelaki berusia 20 tahun itu disambung selama lima hari sehingga Jumaat ini dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek selama dua hari bermula Isnin minggu lalu selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut pelayan restoran itu, suspek dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI