fbpx

Lebih 60 peratus jemaah ada penyakit kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas perubatan memeriksa salah seorang jemaah yang mendapatkan rawatan di pusat perubatan Madinah semalam.

MEKAH – Pasukan perubatan Tabung Haji (TH) Madinah lega apabila permit untuk membolehkan mereka beroperasi secara sah telah diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi selepas lebih tiga bulan menunggu.

Meskipun berdepan cabaran kerana lebih 60 peratus jemaah menghidap penyakit kronik seperti buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi, rata-rata mereka kekal bersemangat dan berjanji memberikan perkhidmatan terbaik.

Pengarah Operasi Perubatan Madinah, Dr. Abdul Jalil Ahmad berkata, permit itu memperakui pusat perubatan Malaysia kini mempunyai fasiliti yang cukup selain doktor pakar dan ubat-ubatan mengikut standard antarabangsa.

Katanya, meskipun warga emas berusia 50 tahun ke atas itu mempunyai penyakit, mereka didapati layak menunaikan haji selepas menjalani saringan kesihatan.

“Setiap jemaah dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengambil tiga suntikan iaitu vaksin Meningococcal Quadrivalent, influenza dan imunisasi pilihan sebagai syarat untuk terbang ke Tanah Suci.

“Sebanyak 296 petugas perubatan termasuk pakar telah bersiap sedia untuk menerima kedatangan mereka. Kami beroperasi 24 jam dan 33 buah katil disediakan untuk mereka yang memerlukan rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, jemaah akan dirujuk ke hospital tempatan sekiranya memerlukan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI