fbpx

Empat pelesit rempit ditahan, motosikal disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat remaja ditahan dalam Op Rempit di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang semalam.

SEBERANG PERAI – Empat remaja ditahan selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain dalam Op Rempit di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini semalam.

Operasi yang memfokuskan penglibatan pelajar sekolah dan remaja itu, turut menyita lapan buah motosikal.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, operasi penguatkuasaan itu dijalankan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD berkenaan.

“Empat remaja ditangkap di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, secara keseluruhannya, kira-kira 23 buah motosikal telah ditahan untuk pemeriksaan dan sebanyak 25 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan.

Tambahnya, antara kesalahan tersebut termasuklah tiada lesen memandu yang sah, tiada cukai jalan, melakukan pengubahsuaian kenderaan serta lain-lain kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI