fbpx

Pernas peruntuk RM50 juta untuk keusahawanan francais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon (kiri) bersama Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin (tengah) pada majlis penjenamaan semula Mok Corner di Megalong Mall, Penampang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) memperuntukkan sejumlah RM50 juta khusus untuk Skim Pembiayaan Francais dan Pra Francais bagi tahun 2023.

Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 66 syarikat francais di Sabah melibatkan jumlah RM14,667,149 juta sejak 2009, termasuk jenama Mok Corner yang melancarkan penjenamaan semula kelmarin. 

Mok Corner telah menerima pembiayaan sebanyak RM1 juta sejak tahun 2019 dan menerusi bimbingan Pernas, ia mendapat lesen francais pada 2016 dan kini mempunyai 39 cawangan, yang mana 18 cawangan dijalankan oleh francaisi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, perkembangan jenama Mok Corner menunjukkan jenama tempatan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, membuktikan kemampuannya untuk bersaing dengan jenama francais antarabangsa. 

“Kemunculan jenama francais tempatan dari Sabah seperti Kak Nong, Al-Hadanah, Sinar Suria, Nuvis, Fook Yuen dan Daily Electronic Centre (DEC) turut merancakkan industri francais. 

“Perkembangan positif ini juga menjadi pemangkin kepada bakal usahawan dan usahawan di Sabah untuk menceburkan diri dalam perniagaan francais,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena majlis penjenamaan semula Mok Corner yang diadakan di Megalong Mall, Penampang.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan replika cek kepada Mok Sdn. Bhd. (MSB), Happy Potato Sdn. Bhd. dan Tasek Emas Enterprise (Alap-Alap) dengan jumlah keseluruhan RM2.176 juta, serta Sijil Pra-Francaisor kepada Skippee yang merupakan jenama di bawah Progam Business In Transformation (BIT) Pernas.

Sejak 2004, sebanyak RM428 juta telah disalurkan kepada 2,162 usahawan untuk pembangunan industri francais negara. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI