fbpx

KPDN Pahang rampas 16,000 liter diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDN Pahang memerisak 'skid tank' di sebuah gudang penyimpanan di kawasan perindustrian Indera Mahkota di Kuantan.

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya merampas kira-kira 16,000 liter minyak diesel bersubsidi di sebuah gudang penyimpanan di kawasan perindustrian Indera Mahkota 14, di sini.

Ketua Penguatkuasa KPDN Pahang, Muhamad Radzi Johari berkata, dalam serbuan berkenaan, pihaknya turut merampas tiga buah kepala lori ‘prime’, sebuah treler tangki minyak dan tiga set pam dengan keseluruhan nilai rampasan bernilai RM454,400.

Katanya lagi, pihaknya juga telah menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki berbangsa Rohingya yang berada di gudang berkenaan.

“Dua orang lelaki tempatan yang ditahan merupakan pemandu lori dan manakala lelaki berbangsa Rohingya pula merupakan penjaga gudang tersebut.

“Modus Operandi sindiket ini adalah menggunakan beberapa buah kepala lori jenis ‘prime mover’ untuk mengutip minyak diesel di beberapa buah stesen minyak di sekitar Kuantan,”katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya, penemuan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi berkenaan merupakan hasil risikan pihaknya selama seminggu yang membawa kepada penemuan gudang tersebut yang dijadikan tempat pengumpulan minyak diesel bersubsidi.

Katanya, dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu menemukan tiga buah kepala lori ‘prime mover’ yang berada di dalam gudang tersebut dengan satu daripadanya sedang memindahkan minyak daripada tangki lori ke dalam sebuah ‘skid tank’.

“Turut ditemui di dalam gudang berkenaan adalah dua buah ‘skid tank’ berisi minyak diesel dengan anggaran 16,000 liter, sebuah treler tangki minyak dan tiga set pam yang digunakan untuk pemindahan minyak dari tangki lori ke ‘skid tank’ dengan kesemua nilai sitaan berjumlah RM454,400,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI