fbpx

Farid berhajat sambut raya haji dengan Diana Danielle, anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID memasang harapan untuk menyambut raya haji tahun ini lengkap sekeluarga bersama Diana dan anak-anak.

SHAH ALAM – Pelakon Farid Kamil menyimpan hasrat membawa isterinya, Diana Danielle dan anak-anak pulang ke kampung halaman di Kedah bagi menyambut Hari Raya Aidiladha hujung bulan ini lengkap sekeluarga.

Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 42, berkata, sudah menjadi tradisi keluarganya balik ke Kedah setiap kali menyambut hari perayaan.

“Harapan terbesar saya adalah membawa isteri dan anak-anak untuk pulang beraya ke kampung Aidiladha nanti

“Memang saya ada merancang untuk balik ke Utara seperti biasa jadi, saya akan berusaha membawa anak-anak balik raya haji kelak.

“Ini sudah menjadi tradisi keluarga kami untuk beraya di kampung setiap kali perayaan,” katanya kepada Kosmo! Online, di sini, hari ini.

Pelakon filem Anwar: The Untold Story itu ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan bagi sebutan semula kes hadanah interim (hak penjagaan) dua anak mereka Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, yang dilanjutkan pada 8 Ogos.

Sementara itu, usaha pihak media untuk mendapatkan komen Diana gagal apabila pelakon filem Imaginur itu enggan membuka mulut, sebaliknya terus berjalan menuju kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam sebaik keluar dari kamar perbicaraan.

Pada 1 Syawal lalu, pelakon dan pengarah berkenaan membawa anak sulungnya, Muhammad pulang ke kampung di Kedah. Farid turut berkongsi hantaran dalam Instagram memperlihatkan suasana sambutan Aidilfitri bersama Muhammad sepanjang berada di kampung halamannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI