fbpx

Farid fail nusyuz, bawa ibu bapa sebagai penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID Kamil tiba di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya bersama ibu bapanya.

PETALING JAYA – Tanpa mengenal lelah, pelakon Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya bersama ibu dan bapanya ke prosiding nusyuz dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) hari ini.

Farid ketika ditemui Kosmo! Online berkata, ibu dan bapanya iaitu Datuk Dr. Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah hadir bagi memberi sokongan kepadanya.

“Hari ini saya bawa ibu bapa untuk beri sokongan dan doa-doa yang terbaik,” katanya kepada Kosmo! Online di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini hari ini.

Ketika tiba di mahkamah, Farid menolak ibunya yang menggunakan kerusi roda.

Sementara itu, bapanya hanya mengharapkan yang terbaik untuk anaknya.

“Tiada komen cuma doakan yang terbaik,” responnya ringkas.

Manakala, peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memberitahu pihaknya telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Diana berikutan Farid tidak dibenarkan pulang ke rumah kelamin dan dakwaan tidak boleh menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Menurutnya, Farid telah memfailkan nusyuz terhadap Diana pada 6 April lalu.

“Hari ini ada dua prosiding iaitu keputusan laporan JKP dan sebutan pertama tuntutan nusyuz.

“Kita akan lihat keputusan JKP dan pihak mahkamah akan beri arahan untuk tindakan selanjutnya.

“Sekiranya laporan JKP hari ini menunjukkan jalan buntu atau perbalahan berpanjangan (syiqaq) kemungkinan akan menggunakan kaedah hakam.

“Tuntutan nusyuz tersebut berasaskan Farid tidak dibenarkan pulang ke rumah dan tidak jalankan tanggungjawab sebagai suami,” jelasnya.

Pada 28 Mac lalu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shukran Yusof, menasihatkan Farid dan Diana berdamai bagi mengislahkan atau memperbaiki keadaan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai.

Alasan yang diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI