fbpx

[VIDEO] Azhar syukur Leona padam video pakai bikini putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Azhar Sulaiman bersyukur Leona sudah memadam video berbikini yang kecoh sejak semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Azhar Sulaiman bersyukur apabila anak perempuannya yang juga pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sudah memadam video berbikini yang tular sejak semalam.

Pada masa sama, Azhar juga berharap netizen tidak lagi memanjangkan isu berkenaan selepas anak gadisnya memadam video tersebut sehingga menjadi bualan hangat orang ramai.

“Saya tak sempat tonton video Leona berbikini putih.

“Apa pun saya rasa bersyukur kerana Leona sudah padam video tersebut dan tak memanjangkan lagi perkara ini,” katanya dalam sebuah video hari ini.

Sama seperti ibu bapa lain, pelakon drama Keluarga Iskandar itu mendoakan agar Leona dapat mempelajari sesuatu daripada perkara ini.

“Seperti ibu bapa lain, kami juga mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak.

“Saya harap Leona akan belajar dengan cepat,” ujarnya.

Sejak semalam, nama Leona menjadi bahan bualan hangat netizen apabila memuat naik sebuah video sedang menikmati percutian musim panas di England dengan memakai pakaian mencolok mata iaitu bikini berwarna putih.

Penampilan tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap gadis berusia 24 tahun itu tidak sensitif berkaitan hal agama.

Sebelum ini, Leona kerap menjadi mangsa kecaman netizen kerana tindakan beraninya berkongsi foto dengan berpakaian seksi. – KOSMO! ONLINE

@theazharsulaimanSyukur Alhamdullilah Kami tak sempat tengok video Bikini Putih….. Salam Subuh Geng!♬ original sound – AzharSulaiman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI