fbpx

Anwar tunggu laporan KSM sebelum wujud akta elaun praktikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) sewaktu mengadakan lawatan ke ruang pameran di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam proses menunggu laporan lengkap daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) berhubung cadangan untuk mewujudkan akta bagi melindungi kebajikan pelajar latihan industri termasuk mewajibkan pemberian elaun.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika ditanya Kosmo! di sini hari ini memaklumkan pihaknya masih menunggu data yang lebih terperinci oleh KSM sebelum sebarang tindakan susulan dibuat di peringkat Kementerian Kewangan.

“Apabila kertas itu sampai ke Kementerian Kewangan, saya akan ambil tindakan sewajarnya.

“KSM dah angkat dan telah ambil isu ini, saya tunggu laporan dari KSM,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan mewujudkan akta khusus buat pelatih industri merupakan langkah yang baik bagi menjamin kebajikan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut beliau, setakat ini tiada sebarang tindakan boleh diambil terhadap mana-mana syarikat yang mengerah tenaga pelajar latihan industri tanpa elaun atau wang saguhati.

“Tiada tindakan boleh diambil ke atas pihak yang tidak memberi elaun berikutan ia bukan sesuatu yang boleh ‘dipaksa’. Jadi kita (KPT) amat mengalu-alukan hasrat KSM,” katanya.

Terdahulu, Anwar hadir bagi merasmikan Majlis Perasmian Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI