fbpx

13 Projek Selangor Penyayang telah dilaksanakan di DUN Teratai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Han sewaktu majlis pecah tanah pembinaan gelanggang futsal di Taman Melur Fasa 2 dan 3, Ampang Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan Negeri telah melaksanakan 13 Projek Selangor Penyayang bagi kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Ampang Jaya bagi kemudahan penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han berkata, projek tersebut merangkumi naik taraf infrastruktur, pengindahan landskap, mitigasi banjir dan sebagainya.

Menurut beliau, projek terbaharu adalah membina gelanggang futsal dan longkang di Taman Melur Ampang, Ampang Jaya.

“Gelanggang futsal menelan belanja hampir RM200,000 manakala RM50,000 untuk pembinaan longkang di sekeliling gelanggang itu.

“Penduduk sudah lama menantikan projek ini. Jadi menerusi Matlamat Pembangunan Mampan, kita mahu pastikan kesejahteraan penduduk dan menggalakkan gaya hidup sihat,” kata dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sze Han berkata, menerusi pelaksanaan projek baharu longkang di kawasan itu, diharapkan ia dapat mengatasi masalah banjir kilat apabila tibanya musim monsun timur laut.

“Penduduk tidak perlu lagi risau kejadian banjir kilat yang menimbulkan banyak kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

“Saya berharap agar projek-projek infrastruktur ini diperluaskan ke kawasan lain di Ampang Jaya untuk kemudahan penduduk setempat beriadah dan bersukan seterusnya melahirkan generasi yang sihat,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI