fbpx
GUARDIOLA menjadi individu penting yang berjaya mengangkat reputasi Man. City menjadi gergasi bola sepak England dan Eropah ketika ini. - AFP

Siapalah Manchester City tanpa Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AWAL pagi Ahad lalu, Manchester City sekali lagi mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2022/23 sekali gus ia adalah kali kelima dalam enam musim berturut-turut.

Kekalahan Arsenal ketika berdepan Nottingham Forest kira-kira 20 jam sebelum City turun melayan kunjungan Chelsea di Etihad menyaksikan mereka meraikan kejayaan lebih awal, malah tiga perlawanan yang masih berbaki sudah tidak bererti.

Berbeza dengan City, selepas kali terakhir mereka tewas 0-1 kepada Tottenham Hotspur pada 5 Februari lalu, City tidak menoleh lagi ke belakang apabila berjaya mengaut 43 mata daripada 15 perlawanan sekali gus membolehkan mereka memintas Arsenal.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih mengundang rasa ingin tahu publik mengenai rahsia di sebalik kemampuan pengurus City, Pep Guardiola mengubah pola pemilikiran bukan sahaja pemain, tetapi keseluruhan struktur organisasi di kelab berkenaan. Antara lima rahsianya adalah:

Guardiola adalah seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan setiap keputusan yang diambil perlu memberikan kesan untuk keseluruhan pasukan, selain tidak akan berganjak dengan pendiriannya walaupun adakalanya ia dilihat sebagai kesilapan.

Kedua, dalam sesebuah pasukan bola sepak, anda akan melalui saat yang manis dan pahit terutama melibatkan keputusan perlawanan, namun Guardiola memiliki kepakaran untuk memastikan semangat pemain kekal ketika mereka menang dan membina semula kekuatan selepas mengalami kekalahan.

Kelebihan yang dimiliki oleh Guardiola juga adalah menarik kemampuan setiap pemain ke had yang paling maksimum sebelum diteruskan dengan mengeluarkan arahan taktikal yang diperlukan selain sentiasa mengharapkan aksi 100 peratus tanpa sedikit pun berkurangan.

Bekas jurulatih Barcelona ini juga terkenal sebagai seorang pengurus yang cukup inovatif dengan menampilkan pendekatan baharu setiap masa dan mampu meraih hasil yang memberangsangkan, jadi secara automatik membolehkannya mendapat penghormatan tinggi dalam kalangan pemain serta memudahkan urusannya mengendalikan bilik persalinan biarpun dibarisi pemain bintang.

Rahsia terakhir Guardiola adalah memberikan pujian kepada orang yang berada di sekelilingnya, malah beliau tidak pernah menganggap kejayaan bersama City, Bayern mahupun Barcelona sebelum ini kerana dirinya semata-mata, sebaliknya kerana beliau di kelilingi orang-orang hebat yang secara tidak langsung mencetuskan budaya kerja yang lebih produktif dan positif.

Sepanjang di England, Guardiola menjadi pengurus paling cepat meraih kemenangan ke-150 dalam karier apabila hanya memerlukan 204 perlawanan sahaja.

Bagaimanapun, musim ini kredit mungkin perlu dikongsi antara Guardiola dan penggempur sensasinya, Erling Haaland yang dianggap menjadi ‘missing puzzle’ selama ini ketika mereka sedang memburu gelaran trebel apabila turut mara ke final Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN