fbpx

Pengantin lelaki terkejut bakal isteri hadir sebagai ‘Ultraman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan memakai kostum Ultraman semasa majlis perkahwinannya di Zhengshou, Henan pada 20 Mei lalu. - Foto Sanook

BEIJING, China – Seorang pengantin perempuan mengejutkan bakal suaminya apabila memakai kostum adiwira kegemarannya, Ultraman pada hari perkahwinan mereka, lapor portal berita Thaiger.

Pasangan itu berkahwin di Zengzhou dalam wilayah Henan pada 20 Mei lalu.

Mengikut adat resam Cina, pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki di dalam bilik tetapi daripada memakai gaun pengantin berwarna putih atau merah, dia memilih untuk menyarung kostum Ultraman.

Semasa pengantin lelaki masuk ke dalam bilik tersebut, dia terkejut dan berkata: “Saya tidak percaya! Saya keliru dan kagum apabila saya membuka pintu dan melihat pengantin wanita ialah Ultraman.”  

Pengantin lelaki mendedahkan bahawa mereka berkenalan selama sembilan tahun dan isterinya tidak pernah menunjukkan minat kepada Ultraman. 

“Sebaliknya, saya ialah peminat tegar adiwira tersebut,” kata pengantin lelaki. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI