fbpx

RM131,500 lesap, ditipu scammer menyamar pegawai syarikat swasta, polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee (tengah) bersama Michael Ching (kanan) dalam sidang akhbar di Wisma MCA, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berputih mata apabila ditipu sebanyak RM131,500 akibat diperdaya scammer yang menyamar sebagai pegawai syarikat swasta dan anggota polis.

Bukan itu sahaja, scammer tersebut juga menggunakan pelbagai dokumen rasmi kerajaan bagi berselindung dan mengugut mangsa untuk memindahkan sejumlah wang.

Mangsa hanya ingin dikenali sebagai Lee, 46, berkata, pada 8 Februari dia mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan pegawai di sebuah syarikat swasta cawangan Terengganu.

Katanya yang bekerja sebagai peniaga dalam talian, panggilan telefon kemudian dipindahkan kepada seorang lelaki didakwa merupakan pegawai penyiasat dikenali sebagai Sarjan Albert Lai.

“Dia beritahu saya nama saya terlibat dalam pengubahan wang haram. Kemudian selepas enam hari, ada lelaki mendakwa dirinya seorang pegawai polis dari Bukit Aman dikenali Tuan Zul Ghaffar ingin ambil kenyataan daripada saya.

“Dia menggugut saya untuk membayar sebanyak RM40,000 kalau tidak mahu ditahan atas kesalahan itu. Saya jadi takut dan panik. Waktu itu pun saya tidak beritahu suami kerana terlampau takut.

“Lepas saya sudah pindahkan wang tersebut, saya terima satu resit kononnya daripada Jabatan Audit Negara Malaysia. Waktu itu memang saya percaya. Kemudian mereka minta lagi RM20,000 sebagai wang ikat jamin,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Bukan itu sahaja, dalam tempoh sembilan hari, Lee juga telah memindahkan sebanyak RM40,000 lagi kononnya duit denda dan upah proses mahkamah menjadikan kesemua duit simpanannya berjumlah RM100,000 lesap.

Lebih memburukkan keadaan, scammer tersebut turut meminta Lee untuk membuat pinjaman peribadi dan syarikat sebanyak RM38,000 lagi.

Jelas Lee, dia diberitahu bahawa wang tersebut akan digunakan untuk menyiasat dan menyaman bank yang menyalah gunakan namanya sehingga terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Scammer itu kata, kalau saya beri wang tersebut, mereka akan pindahkan RM200,000 dengan segera sebagai ganjaran untuk menyelesaikan kes ini.

“Namun, setelah tiga hari saya mula berasa curiga kerana nombor tersebut tidak dapat dihubungi dan mereka terus menghilang,” katanya.

Sehingga 24 Mac, Lee telah memindahkan sebanyak RM131,500 ke empat akaun bank tempatan atas nama yang berbeza sebelum membuat laporan polis pada 14 Mei lalu.

Dalam pada itu, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan (PSCD) MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, dari awal tahun sehingga Mei ini, sebanyak enam laporan diterima berkaitan kes yang sama.

Menurutnya, dengan menggunakan modus operandi seperti mengugut mangsa berkaitan dengan pengubahan wang haram, ramai terpedaya dan menjadi panik sebelum memindahkan wang secara rela. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI