fbpx
MOHAMED dan Rusiha mengemas barangan keperluan di rumahnya di Parit Sikom, Pontian semalam. – MUHAMMAD ZIKRI

‘Masih terbayang tragedi Terowong Muassim’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Sepasang suami isteri tidak dapat melupakan tragedi Terowong Muassim yang berlaku pada 2 Julai 1990 sehingga mengorbankan 1,426 jemaah haji akibat rempuhan dan sesak nafas di Mina.

Mohamed Saad Abd. Hamid, 69, dan isteri, Rusiha Muhamad Ali, 68, bersyukur apabila dia menerima peluang kedua menunaikan haji tahun ini.

Menurut Mohamed Saad, pengalaman pertama mereka mengerjakan ibadah haji adalah pada tahun 1990 ketika beliau masih bertugas bersama Felda.

“Tragedi Terowong Muassim itu masih segar dalam ingatan, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk kembali ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Sikom, di sini semalam.

Katanya, mereka pernah ditawarkan haji pada 2024 bersama tujuh anak dan lima menantu, namun terpaksa menolak demi menjaga cucu-cucu.

“Alhamdulillah, tujuh anak kami semuanya sudah menunaikan haji. Tahun ini, giliran kami pula dipanggil semula.

“Kami menggunakan perkhid­matan Felda Travel Sdn. Bhd. yang dilantik Lembaga Tabung Haji untuk mengurus jemaah,” katanya yang dijadual ke Tanah Suci pada 12 Mei dan pulang ke tanah air pada 26 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN