fbpx

Rebut insentif diskaun sehingga 20 peratus bayaran balik PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali lagi mengingatkan orang ramai terutamanya peminjam supaya memanfaatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 20 peratus sehingga 31 Mei ini.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, pemberian insentif tersebut telah bermula sejak 1 Mac lalu meliputi empat kategori seperti mana yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pembentangan Belanjawan 2023.

“Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang.

“Selain itu diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik dan juga diskaun lima peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tambahnya lagi, PTPTN telah menyediakan pelbagai saluran bayaran balik bagi memudahkan peminjam.

“Kaedah bayaran balik termasuk secara dalam talian yang lebih mudah, cepat dan selamat iaitu melalui aplikasi myPTPTN dan perbankan internet.

“Bagi membantu para peminjam yang berhasrat untuk merebut peluang insentif diskaun bayaran balik ini, PTPTN turut membuka kaunter khas di lokasi terpilih seluruh Malaysia.

“Peminjam boleh merujuk portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada para peminjam yang telah membuat bayaran balik pinjaman sekali gus menikmati insentif diskaun disediakan.

“Komitmen peminjam yang membuat bayaran balik amatlah dihargai dalam memastikan kelangsungan pemberian pinjaman pendidikan kepada generasi akan datang.

“Dengan pelbagai usaha dan pendekatan mesra yang dilaksanakan oleh PTPTN, diharapkan para peminjam mengambil peluang untuk membuat bayaran balik dan tampil berbincang dengan PTPTN sekiranya terdapat sebarang kemusykilan,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI