fbpx

KPKM sasar 900 program Jualan Agro Madani tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan sebanyak 900 program Jualan Agro Madani dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 13,000 orang usahawan dengan nilai jualan sasaran sebanyak RM13.5 juta pada tahun ini.

Katanya, dianggarkan sejumlah 1.8 juta isi rumah golongan B40 dan M40 akan menikmati penjimatan melalui program Jualan Agro Madani ini.

“Untuk rekod, sehingga 30 April lalu, sebanyak 424 program telah dianjurkan melibatkan 6,312 orang usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM9.35 juta,” katanya.

Ujar kenyataan itu, program Jualan Agro Madani ini akan diadakan di lokasi strategik dan terpilih seperti di kompleks kerajaan, cawangan peruncitan agensi di bawah KPKM, kawasan perumahan, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan bandar dan pinggir bandar.

“Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian dan ketersediaan bagi pengguna mendapatkan bekalan produk-produk segara terpilih pada harga yang berpatutan dengan penjimatan di antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah.

“Produk-produk yang ditawarkan seperti produk segar sayur, buah, ayam, telur, ikan dan daging,” katanya.

Jelasnya, melalui program ini, ia membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan nasib golongan yang memerlukan sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi.

Program Jualan Agro Madani merupakan penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang telah dilaksanakan oleh KPKM melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI