fbpx

Mindef meterai 43 kontrak bernilai lebih RM10 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (berdiri, tiga dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani dokumen kontrak, surat setuju terima, surat niat dan MOU pada LIMA'23 di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Kementerian Pertahanan hari ini memeterai sebanyak 43 kontrak bernilai lebih RM10 bilion dengan syarikat berkaitan pertahanan bagi memperkukuhkan lagi ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Dokumen kontrak itu antaranya melibatkan penerimaan empat helikopter Sikorsky UH-60A+Black Hawk, 18 pesawat tempur FA-50 Fighter-Lead-In-Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT-LCA).

Selain itu, tiga pesawat tanpa pemandu ‘Unmanned Aerial System (UAS) dan sistem kelengkapan Medium Altitude Long Endurance (MALE) Fasa 1 selain dua pesawat rondaan maritim (MPA) dan sistem sokongan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sejumlah 43 kontrak yang dimeterai itu terdiri daripada 20 dokumen kontrak, 21 surat setuju terima dan dua surat niat.

“Sebanyak 43 perjanjian atau surat-surat perakuan telah ditandatangani antara Kementerian Pertahanan dan pihak-pihak berkenaan yang mana ia bernilai RM10.128 bilion.

“Sepatutnya banyak lagi tetapi kita menilai semula kontrak-kontrak tersebut untuk kita buat penilaian,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani dokumen kontrak, surat setuju terima, surat niat dan memorandum persefahaman (MOU) oleh Kementerian Pertahanan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) di sini hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz mewakili kerajaan Malaysia bagi menandatangani perjanjian tersebut.

Mohamad berkata, pihak terlibat merupakan syarikat yang kerajaan putuskan untuk dibuat perolehan daripada mereka, menjalankan kerjasama atau penyambungan kontrak sedia ada bagi tempoh tiga hingga lima tahun lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI