fbpx

Jangan rahsiakan penyakit di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR A’ISYAH (kanan) memberi penerangan kepada Wan Kasmaniza mengenai cara kerja dan pengurusan kesihatan jemaah haji ketika ditemui di pusat perubatan TH di Hotel Roha al-Madinah di Madinah.

MADINAH – Seorang petugas Tabung Haji (TH) bahagian perubatan memberitahu, peristiwa jemaah hampir pengsan akibat strok haba dan sakit jantung ketika berada di Arafah merupakan antara kejadian cemas yang tidak dapat dilupakan sepanjang berkhidmat di Tanah Suci.

Pakar Kecemasan Madinah, Dr. Nor A’isyah Adny Mohd. Adnan, 37, berkata, ketika itu dia sedang bertugas bersama rakan sepasukan dan berkumpul untuk wukuf pada musim haji tahun lalu.

Katanya, tanpa disangka seorang jemaah lelaki warga emas tiba-tiba terjatuh akibat sesak nafas yang disebabkan oleh paru-paru berair.

“Keadaan menjadi cemas apabila pesakit hampir pengsan dan memerlukan bantuan oksigen yang tinggi. Selepas memberi bantuan awal, dia kemudian dikejarkan ke Hospital Arab Saudi di Arafah.

“Pesakit ada sejarah penyakit buah pinggang dan kejadian berlaku apabila dia tidak mengawal air dalam badan dengan me­minum minuman yang banyak hingga menjejaskan fungsi organ tersebut,” katanya yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sibu, Sarawak.

Nor A’isyah Adny yang sudah dua kali menjadi petugas TH menambah, pesakit bernasib baik kerana masih dikira berwukuf kerana hospital tersebut terletak di dalam Arafah dan dapat melengkapkan rukun haji yang lain selepas dibenarkan keluar hospital.

Katanya, ada juga kes pesakit terkena serangan jantung hingga berlaku suasana cemas seketika dalam kalangan jemaah, doktor dan jururawat.

“Kami sedia membantu jika jemaah boleh sembuh jika mendapatkan rawatan dengan pasukan TH tetapi jika terlalu teruk, mereka akan dibawa ke hospital , selalunya keadaan dapat dika­wal kerana kami bekerja secara berkumpulan dan diketuai pakar,” katanya.

Ujarnya, ketika itu dia agak cemas tetapi dapat mengawal keadaan kerana perkara yang sama biasa berlaku di Malaysia cuma suasana berbeza iaitu be­kerja dalam suhu panas.

“Ada kes di mana jemaah wa­nita menangis kerana dia tidak memberitahu kepada doktor di Malaysia yang dia mempunyai asma. Tetapi apabila tiba di Mekah, dia semput dan ubat yang diperlukan tidak pula dibawa.

Ujar Nor A’isyah, sebagai doktor dia sedaya upaya menasihati pesakit untuk cuba menggembirakannya dan tidak membuatkan dia lemah semangat supaya emosinya kembali stabil.

Sementara itu, seorang jururawat, Wan Kasmaniza Wan Nawi, 42, berkata, dia nekad me­ninggalkan tiga anaknya untuk dijaga suami sebaik mengetahui permohonannya untuk menjadi petugas TH bahagian perubatan.

“Saya belum ada pengalaman tetapi selepas kursus rasa seronok pula.

“Seronok sebab dapat berkhid­mat kepada duyufurrahman dan pada masa sama boleh menunaikan haji,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI