fbpx
Teoh Zi Yi (dua dari kanan) bersama Nonee Ashirin pada majlis pemeteraian MoU di LIMA 2023 di Langkawi hari ini.

Usaha sama Global Component Asia, Pecca promosi tempat duduk pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Global Component Asia Sdn Bhd (Global Component Asia) dan Pecca Aviation Services Sdn. Bhd.  (Pecca Aviation) telah Memeterai  Memorandum Persefahaman (MoU) bersempena Pameran Maritim dan Penerbangan Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023) hari ini.

MoU itu bertujuan untuk mempromosikan produk sarung tempat duduk pesawat keluaran Pecca Aviation di Malaysia dan di peringkat serantau.

Di bawah terma perjanjian, Global Component Asia dan Pecca Aviation akan terlibat dalam usaha pemasaran bersama bagi mempromosikan penutup tempat duduk pesawat keluaran Pecca untuk kedua-dua pasaran pesawat awam dan penguatkuasaan/pertahanan dalam menaiktaraf kabin pesawat. 

Global Component Asia berpengalaman luas dalam industri Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik pulih (MRO), bakal memanfaatkan rangkaian serta sumbernya dalam meningkatkan penembusan pasaran Pecca Aviation di rantau ini.

Mengulas mengenai MoU tersebut, Pengerusi Global Component Asia, Datuk Nonee Ashirin Mohd. Radzi berkata, pihaknya gembira dan berbangga dapat bekerjasama dengan Pecca Aviation untuk mempromosikan produk sarung tempat duduk pesawat berkualiti tinggi mereka.

“Perkongsian ini selaras dengan slogan kami untuk acara ini iaitu Memacu negara ke arah teknologi dan kami percaya ia akan menyumbang kepada pertumbuhan industri penerbangan di rantau ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Pecca Aviation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian dalaman pesawat di Malaysia, turut menyatakan keterujaannya mengenai perkongsian itu.

Pengarah Eksekutif Pecca Group, Teoh Zi Yi berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Global Component Asia, pemain terkemuka dalam industri penerbangan serantau.

 “Perjanjian ini menyerlahkan kelebihan daya saing kami dalam pasaran penerbangan, sebagai pemegang tunggal Sijil Kelulusan Organisasi Pengeluaran (POA) Kesatuan Eropah (EASA) C2 di Malaysia, setakat ini. 

“Bekerjasama dengan Global Component Asia seharusnya membuka kunci keuntungan bahagian pasaran untuk Pecca, seterusnya melancarkan pertumbuhan perniagaan ini,” ujar beliau. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN