fbpx

Pernas cadang buka 80 cawangan Gloria Jean’s Coffees

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazimah (empat dari kanan) pada majlis perasmian terbaharu outlet Gloria Jean'c Coffees di Putrajaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya, Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. (WLSB) yang merupakan pemegang francais induk jenama Gloria Jean’s Coffees, menyasarkan untuk membuka sehingga 80 cawangan baharu jenama kopi premium tersebut dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, pengembangan rangkaian Gloria Jean’s Coffees bertujuan untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan yang semakin bertambah setiap tahun.

Dalam masa yang sama, dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat di mana cawangan baharu tersebut dibuka.

“Bakal usahawan perlu merebut peluang untuk menceburi industri kopi premium melalui mengusahakan outlet Gloria Jean’s Coffees.

“Ia menawarkan peluang kerjaya untuk menjadi francaisi yang mana jenama ini merupakan satu-satunya jenama gourmet coffee antarabangsa yang menawarkan sistem francais di Malaysia yang mana ia boleh menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini dan seterusnya bergelar coffeepreneur ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan cawangan yang ke-47 di Conezion IOI Resort City Putrajaya baru-baru ini.

Hazimah menjelaskan, Pernas menyediakan khidmat nasihat, pembiayaan dan program latihan bagi membantu bakal usahawan yang berminat untuk meneroka bidang perniagaan Gloria Jean’s Coffees. 

Selain itu, turut disediakan  skim pinjaman pembiayaan sehingga 70 peratus kepada bakal usahawan baharu”, katanya. 

Sehingga kini, Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 45 orang usahawan kopi Gloria Jean’s Coffees dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM13 juta. 

Gloria Jean’s Coffees menawarkan tiga  konsep francais kepada yang berminat untuk menceburi perniagaan ini iaitu konsep lot kedai, kios dan coffee cart. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI